Erti Hari Guru

Assalamualaikum.

Dah lama cikgu tak merepak (membebel) dalam ni. Takde sebab spesifik. Cuma tiada inti yang nak diperkatakan, jadi sebaiknya berdiam.

Dek usia yang dah meningkat bersama pengalaman yang telah dilalui...cikgu banyak mengalami perubahan...terutamanya dari perspektif seorang pendidik. Jadi, bila cikgu baca balik post2 blog ini yang lalu...cikgu rasa ia sudah tidak relevan ataupun sesuai lagi untuk dipamerkan. Lagipun, cikgu mulakan blog ini sebagai satu media untuk menyampaikan pesanan...peringatan....dan motivasi. Cikgu akui sekarang...pendekatan cikgu dahulu keras, mampu mematikan bunga motivasi. Oleh yang demikian, cikgu simpankan entri yang cikgu rasakan tidak berkenaan. 

Cikgu juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan kemaafan bagi hati2 yg telah cikgu usik, luka, toreh, tikam dan koyak kan. Ya...perbuatan melukakan hati anak murid cikgu bukan sesuatu yg cikgu banggakan walaupun niat cikgu mendidik. Semoga, mereka yang berkenaan dapat menerima kemaafan cikgu ni, manusia kerdil yang melakukan kesalahan dan dosa. Cikgu juga telah memaafkan segala apa yang anak murid cikgu lakukan secara sedar atau tidak.....dengan pengetahuan cikgu atau tidak. Memohon kemaafan dan memaafkan cikgu rasakan penting bagi cikgu untuk meneruskan kembali blogging di sini. InsyaAllah...tema blog cikgu kini akan lebih ke arah motivasi dan pembelajaran.

Hari Guru di bulan Mei. Pelbagai cara meraikannya. Ia telah dikomersilkan untuk mengaut keuntungan. Seringkali kita mendengar ucapan selamat kepda guru. Kali ini cikgu ingin menyatakan erti Hari Guru pada cikgu selaku pendidik.

Kebiasaannya....anak murid akan menghadiahkan sesuatu sebagai simbol penghargaan bagi seorang guru. Sejujurnya...cikgu memang gembira dan terharu. Untuk pengetahuan kamu....insyaAllah...segala hadiah yang pernah diberikan...cikgu masih simpan. Tapi hati kecil cikgu...merasakan alangkah lebih baik duit yang digunakan untuk membelikan hadiah tersebut kamu simpan untuk kegunaan sendiri...dan alangkah indahnya...jika kamu dapat hargai cikgu melalui perbuatan?

Alangkah indahnya...kalau kamu selaku anak murid 
...mencintai ilmu dan bersemangat untuk belajar
...boleh senyap dan fokus semasa cikgu mengajar
...ambil peduli dengan peringatan dan nasihat cikgu
...berkelakuan sopan dan terpuji
...berusaha untuk masa hadapan sendiri
...adalah insan berwibawa dan boleh diharapkan

Owh...terharunya....terasa cikgu sangat dihargai. Walaupun ia langsung tidak mengeluarkan sesen pun...tapi nilainya tiada bandingan...kerana cikgu tahu kamu lakukannya kerana kamu hargai cikgu...dan bukan senang untuk melakukannya. 

Percayalah....seorang cikgu...akan tetap berbangga melihat anak muridnya....walaupun mereka telahpun meninggalkan alam pendidikan...dan cikgu selalunya akan kenang perbuatan baik kamu semasa menjadi anak muridnya.

Bolehkan...selepas ini, cikgu minta kamu simpan duit kamu untuk kegunaan sendiri....dan berikan cikgu hadiah yang tidak ternilai ini??


0 comments:

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author